Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (Ppd) Jempol & Jelebu Bagi Tahun 2023

24 September 2023 | Aktiviti Terkini

23 September 2023 - Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengikuti Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Jempol & Jelebu Bagi Tahun 2023, Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan yang melibatkan gabungan petugas PEDi daripada Kluster Jempol dan Jelebu.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan di booth PEDi sendiri antaranya aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB), aktiviti bermain games seperti menyusun puzzle dan wordsearh (tekasilangkata) yang melibatkan tajuk Buli Siber.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang yang melibatkan seramai 132 pengunjung yang berkunjung ke booth PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali